Thursday, 28 July 2016

MENANTU, MENTUA, IPAR, ANAK - APA PERANAN ANDA DALAM SESEBUAH KELUARGA DAN SUMBANGAN YANG BOLEH DIBUAT




Assalamualaikum...

Hari ni hakak nak cerita sikit pasal family.. by da way, korang taw x peranan korang dalam sesebuah keluarga?? maksud hakak, bila kau sebagai menantu, apa yang kau lakukan? macam mana pulak bila korang pegang peranan anak pada ibu bapa??

main reason hakak tulis pasal nie ialah kerana hari ni akk ada terima email dari seorang hamba allah ni.. ada isu pasal mentua..hakak copy email dia dibawah...

Assakammualaikum...
nama aku E... aku ada masalah dengan mak mentua aku (aku panggil dia mom).. mom aku nie suka buat drama dan selalu memperbesarkan hal2 yang remeh temeh..sekarang nie aku dgn mom dah tak bertegur sapa sebab ada krisis... kisah bermula bila ada "miscommunication" antara aku dan biras aku(aku panggil dia joyah sebab dia sungguh joyah sport a.k.a bz body) ..aku dgn joyah bertegang urat di whatapp group family... masalah jadi lagi kusut bila mom campur tangan.. mom marah aku dan salahkan aku dalam isu itu..dia "Back up"  si joyah tu then cakap aku menantu yang kurang ajar n mengajar anak dia(laki aku) supaya lupa tanggungjawab dia pada ibu... padahal isu tu tak ada kene mengena dengan laki aku dan aku tak pernah menghasut laki aku tu supaya lupa tanggungjawab dia pada mom..akibat dari kejadian tu, sorang demi sorang dalam group dah "left group"...last2 whatsapp group family tu pun dibubarkan.. dan sekali lagi aku dipersalahkan oleh semua orang .. pada hakikatnya, orang yang patut dipersalahkan si joyah 2 dan mom.. bagi aku mom salah sebab up masalah aku n dia dalam group 2.. kenapa dia tak boleh personal jer dgn aku smp kene up up group bagai.. yang si joyah 2 lak tak tau ujung pangkal terus menyampuk & sound2 aku..pe hal lak kan?? bila laki aku sound dia balik trs left group dgn laki dia..pengecut betul!! buat semak kepala otak jer.. sekarang aku happy sangat sebab dah tinggal jauh sikit dgn diorang..aku bahagia dgn family kecil aku nie..nasib baik mama & baba aku dan semua family belah aku bagi kami sokongan dan dorongan..lau tak tak tau la mcm mana nasib aku sekeluarga... cuma aku tgk sekarang laki aku nie banyak sebut pasal mom & dia nampak cm murung sebab dari 1st raya hingga saat nie, dia masih belum jmp mom minta maaf.. aku dah nasihatkan dia...jgn fikirkan sgt sebab mom dia tu jenis yang "IM ALWAYS RIGHT" wlpn kadang ada jer yang not right nya.. salah ke aku nasihat laki aku mcm 2?? niat aku hanyala nak buat laki aku berlapang dada..aku tak sanggup nak tgk laki aku 2 muram memanjang...neway tq hakak hanie sebab buka medium luahan perasaan nie..mmg lega lepas luahkan segalanya.. harap tak ada yg kecam aku..bagi aku korang tak ada di tempat aku so korang hanya bole bercakap @ jadi keyboard warrior jer.. 
salam perkenalan dari aku,
E

so apa pendapat korang tentang isu nie?? bagi hakak la, E nie dia x bercerita 100%.. macam ada yg tergantung...hrmmm..pape pn ini pandangan hakak ye..yang elok jadikan iktibar..yang buruk abaikan jer..hihihihihi...

bagi hakak, walau apa pun yang ibu mentua 2 lakukan mesti bersebab... kita jangan la sentiasa cari salah orang @ merasakan orang yang bersalah dalam tipa2 hal..sebelum salahkan orang, kita kaji dahulu diri kita nie..ada x pape kesilapna yang kita dah buat..seeloknya tanya la pada orang lain..sebab bila kita menilai diri kita sendiri, semestinya kita rasa kita betul..dalam situasi ni, E patut kaji balik kenapa ibu mentua macam tak suka dengan dia...kenapa ibu mentua dia suka berdrama..kadang orang tua nie dorang nak kan perhatian anak2 jer..sebab 2 mcam2 drama yang muncul..(mungkin sebab banyak tgk drama kt TV... :p) selain 2, cuba la amek hati dia...cuba buat/bagi apa yg dia suka..elakkan dari buat benda2 yg bole mendatangkan masalah antara awk dgn mentua... cuba ringankan mulut dgn kata2 maaf walaupun bukan salah kita... kita minta maaf bukan bermaksud kita salah/lemah...cuma kadang kita mengalah sebab malas nak besar2 kan perkara yg remeh.... pasal biras 2 pulak, maybe dia memang bz body..apa yg E boleh buat ialah cuba jangan layan si joyah 2..layan hanya bila perlu saja.. kunci utama kt sini ialah KESABARAN.. insyaallah kalau kita bersabar, allah s.w.t akan bg kita ganjaran pahala...

ok, kita balik pada tajuk kita...peranan kita pada mentua, ibu bapa,keluarga dan lain2.. sebenarnya tajuk nie dibangkitkan sebab hakak rs ramai dikalangan kita ada masalah mcm E nie..event family hakak pun sama jgk..hahahaha...




bawah nie ada 2 link yang bole hakak share untuk renungan bersama..klik je ye (hakak mls nk menaip pnjg2 dh copy link org jer la..hahahah credit pd si penulis2 dibawah.. :) )

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu 
* hakak suka cara penulis nie bg penerangan..sgt mudah difahami dan sgt jelas.. selain2 dia jgk ada share2 tip2 yang bagus...pada E selamat membaca... *

Adik beradik dan ipar duai...kenapa bermasam muka?

hakak harap penulisan kali ini dpt memberi manfaat pada kita semua..paling penting kita muhasabah diri dan sentiasa berdoa pada allah s.w.t... jaga solat dan jaga perhubugan kekeluargaan.. igt ye AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS..

salam xoxo,
hakak hanie




*GAMBAR IHSAN DARI MR GOOGLE :)




Tuesday, 26 July 2016

SALAM PERKENALAN DARI HAKAK HANIE

Assalamualaikum...

Tujuan saya create blog ni adalah utk berkongsi pandangan, pendapat, masalah, resipi dan apa saja tentang wanita. Yang mana dapat diselesaikan bersama, alhamdulillah...yang tak dapat disetelkan tu at least lega la juga bila kongsi masalah pada seseorang.. ada sesetengah org dia segan nak share problem dgn member2 dia @ adk bradk. blog ni adalah salah 1 medium untuk sapa2 yang nak berkongsi..

Zaman sekarang nie, seperti semua maklum pelbagai dugaan, cabaran, masalah yang ada.. Sebagai wanita kadang2 kita akan rasa lemah @ jatuh bila diduga.. Tanpa sokongan dan iman yang kuat, syaitan2 mula la berbisik utk lakukan benda yang bukan2..

fuhhh...skema nya ayat pembukaan aku nie..hahaha..neway..harap pada siapa2 yg baca blog nie sudila kongsi pegalaman @ kata2 semangat pada mereka2 yg ada masalah tak kisah la masalah ank ke, laki ke yang penting kita sama2 cuba selesaikan dan sama2 bagi semangat. aku terdetik nak tulis blog nie pun sebab kes Ibu gantung diri selepas bunuh anak yg baru2 nie berlaku di sarawak .. akibat desakan hidup, ditinggalkan suami, ibu tu bertindak bergitu..walaupun ada yg berpendapat yang seorang ibu tak mungkin melakukan perkara begini pada anak2 nya, tapi kebarangkalian itu masih ada..so disebabkan perkara2 mcm nie la yang mendorong aku utk buat blog nie..

pada siapa2 yang nak share masalah ke, resipi ke boleh la email pada aku kt wantahariini2016@gmail.com .. inyasllah aku akan up kan kat sini untuk sesi bincang bersama.. kalau tak ada yang bole solve kan masalah korang tu pun, sekurangnya aku ada di blog nie untuk menjadi pendengar setia korang..

neway, korang bole pggl aku hanie..yg mn rs cm hadik2 tu pggl la kak hanie..yg mana hakak2 pulak, pggl hanie bunny pun bole...ngeeee.ngeeee...pggl la ape pn korang nk pggl..jgn pggl aku dgn nama2 yg pelik2 suda..hahahahha...


last word dari hakak hanie, maju lah suka untuk negara..eeewaaahhhh..hahahhaa..bukan la... be positif, ketawa selalu dan open minded..

P/S: hakak sgt mengalukan smua yang positif/bole terima pandangan orang lain dan yang open minded...please pada KEYBOARD WORRIOR PERGI JAUH2 DARI BLOG NIE SEBAB ANDA SANGAT TIDAK DIALUKAN!!!

 yang benar
HAKAK HANIE